1 .   Setiap pelajar yang ditempatkan di SMK Sacred Heart akan diberi pendidikan yang terbaik mengikut tuntutan sukatan pelajaran dari Tingkatan Peralihan hingga Tingkatan Enam.
   
2 . Kehadiran, pelakuan dan kemajuan setiap pelajar akan direkod serta dimaklumkan secara berkala kepada ibu bapa melalui Slip / Buku Laporan Kemajuan 4 kali setahun.
   
3 . Pada akhir persekolahan setiap pelajar akan diberi Sijil Berhenti Sekolah, Buku Laporan Kemajuan dan Surat Akuan.
   
4 . Kebajikan pelajar dari segi keselamatan dan kesihatan akan diutamakan pada setiap masa.
   
5 . Watak pelajar akan dibentuk berdasarkan nilai-nilai kerohanian dan murni universal serta berpaksikan prinsip-prinsip rukun negara.
   
6 . Potensi pelajar dari segi intelek dan jasmani akan diberi peluang dan ruang untuk dipersungguhkan lagi dalam pelbagai persaingan di sepanjang masa persekolahan.
   
7 . Setiap pelajar akan diberi persediaan yang mencukupi untuk menghadapi peperiksaan seperti PMR, SPM dan STPM.